Pengikut Saya

cantikkan blog saya

Wednesday 23 November 2011

Mari Belajar

TEKNIK ASAS BELAJAR REKODER

     Topik pengajaran yang ingin saya kongsi pada kali ini adalah Teknik Asas Belajar Rekoder. Selaras dengan kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah, pengajaran rekoder dapat memberikan pendedahan awal kepada murid tahap 2 khususnya dalam teknik asas belajar rekoder. .Dalam usaha untuk mengoptimumkan keperluan perlaksanaan kurikulum Pendidikan Muzik di bilik darjah, Adalah diharapkan agar guru-guru dapat mengaplikasikan serba sedikit idea-idea dalam menjayakan pengajaran rekoder .
 
     Aktiviti yang menggembirakan disamping kaedah tunjuk cara yang menarik memberi pengalaman serta ilmu pengetahuan yang asas tentang permainan rekoder dapat diaplikasikan semaksimumnya.



1.Bahagian Rekoder.




2.Teknik asas belajar Rekoder terbahagi kepada tiga aspek utama:

(a)Postur Badan

Pernafasan

(c)Penjarian

POSTUR BADAN

(a)Postur Berdiri

     Secara konvesionalnya, perkara yang perlu diberi perhatian ketika bermain rekoder dalam postur berdiri:

      Kaki -Berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit

      Lutut -Dilonggarkan (rileks) dan tidak kaku

      Badan -Belakang badan serta badan dalam keadaan lurus(tegak)

     Dada -Dinaikkan

     Bahu -Ditarikkan ke belakang sedikit

     Dagu - Mengadap ke hadapan

     Tangan -Memegang rekoder dengan sududt 45 darjah kecondongan dari badan



Pandangan sisi Pandangan hadapan

(a)Postur Duduk

Secara konvesionalnya, perkara yang perlu diberi perhatian ketika bermain rekoder dalam postur duduk:

Bahagian badan hingga kepala -keadaannya sama seperti postur berdiri

Belakang badan -Tegak dan tidak bersandar

Punggung -Terletak di tengah kerusi

Kaki -Diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit

Tangan -Memegang rekoder dengan sududt 45 darjah kecondongan dari badan

PERNAFASAN

Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada tulang rusuk, abdomen dan diafragma. Teknik latihan pernafasan:

(a)Menghembus dan menarik nafas.

(b)Bernafas secara cepat- secara berulang-ulang

(c)Pernafasan Staccato-Latihan ini dilakukan dengan sebutan “tut” secara berulang-ulang sehingga

murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut . Latihan ini boleh menguatkan otot-otot

tersebut untuk membantu mengawal pernafasan.

(d)Hiss/Hoo- Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara

perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “Hiss”

Contoh latihan:

1.

TEKNIK PENJARIAN

Sistem Nombor Penjarian rekoder



Sistem nombor Kedudukan jari

Guru menunjuk cara sistem penjarian rekoder dengan betul.

(a)Tangan Kiri

0 -Ibu jari menutup lubang di bahagian belakang rekoder

1 -Jari telunjuk menutup lubang rekoder pertama

2 -Jari hantu menutup lubang rekoder kedua

3 -Jari manis menutup lubang rekoder ketiga

(b) Tangan kanan

4 -Jari telunjuk menutup lubang rekoder keempat

5 - Jari telunjuk menutup lubang rekoder kelima

6 -Jari telunjuk menutup lubang rekoder keenam

7 - Jari telunjuk menutup lubang rekoder ketujuh

Lubang kecil 6 dan 7 adalah untuk mneghasilkan bunyi syap (#) dan flet (b)

NOT DAN PENJARIAN

NOT B



LATIHAN MENIUP NOT ‘ B’

1.Guru menunjuk cara penjarian not ‘B’ dengan cara yang betul.

2.Latihan meniup not ‘B’ berdasarkan pola irama yang dipaparkan dengan pernafasan yang betul.

Tu-u Tut Tut Tut Tut Tu-u Tu-u Tu-u-u

NOT ‘A’



LATIHAN MENIUP NOT ‘ A’

1.Guru menunjuk cara penjarian not ‘A’ dengan cara yang betul.

2.Latihan meniup not ‘A’ berdasarkan pola irama yang dipaparkan dengan pernafasan yang betul.



Tu-u Tut Tut Tut Tut Tu-u Tu-u Tu-u-u

PENUTUP

1.Aktiviti kumpulan – murid meniup not “B” dan Not “A” dalam kumpulan.

2.Murid menyenaraikan nilai murni.

Semoga topik pengajaran rekoder ini akan dapat memberi manfaat kepada semua. Oleh kerana muzik merupakan medium bagi meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi, matapelajaran ini sangat berperanan dalam usaha membina kreativiti murid.

No comments:

Post a Comment